Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Sunday, November 1, 2015

Hot And Cold (Bab 1) (Reedit)


PAPP!! “Oh pak lebai!” Hampir terlompat dia bila buku rujukan kimia setebal dua inci hinggap dibahu secara mengejut.

            “Amboih! Pak lebai mana pulak yang buat kau berangan ni? Sampai dah masuk lima ratus lima puluh kali aku panggil kau tak menyahut.” Sambil ketawa Bella mengambil tempat disebelah Aryana. Buku Kimia ditangan dia letak atas meja. Depan-depan muka dia.

            “Heh! Tak ada maknanya aku nak berangankan pak lebai yang entah kat mana-mana tu.”

            “Dah tu apa benda yang kau tengah fikir sampai mengelamun sakan cik kak oi? For your information my dear friend... ni library okay. Kalau sebut saja perkataan library, memang semua orang dalam dunia tau yang sini tempat study. Bukannya tempat nak berangan.” Bella dah masuk mood mak-mak orang. Bebel mengalahkan opah. Buku kimia tadi diselak.

            Sedas bahu Bella ditepuk. “Kau ingat aku berangan apa? Aku tiba-tiba teringat masa first time kita kenal dulu tu. Yang babak kau buat gaya kuak lentang atas lantai yang paling hodoh dalam dunia. Kau ingat lagi tak?” Senyuman nakal mengusik dibibir. Kening digerak-gerak.

            “Ceh! Kau tak payah la susah-susah nak ingatkan aku. Aku dah lupa.”

            “Lupa atau malu?” Aryana giat mengusik.

            “Malas ingat!” Laju tangan menekup telinga. Aryana yang tengah gelak sakan disiku.

            “Mana pergi budak-budak tu ah? Tadi cakap nak join sekali. Nak buat study group la kononnya. Tapi sampai sekarang sorang pun tak tunjuk batang hidung. Beriya suruh kita datang dulu. Hampeh!” Sambil kepala tertoleh-toleh ke arah pintu perpustakaan, Aryana membebel.

            “Kau bukan tak tahu budak berempat tu. Bat aku bajet tengah iron baju dengan gaya lemah gemalai. Uni pulak kalau tak cukup setengah jam sekali menghadap cermin sampai dia puas, memang tak la dia nak muncul lagi. Yang si Rissa pulak aku rasa tengah pilih baju mana yang nak dipakai. Itu tak sesuai. Ini tak cantik. Nak datang library je kot. Pakai ajelah t-shirt sekolah. Alahaiii...” Bella picit dahi. Pening pulak dengan telatah sahabat-sahabat dia.

            “Yang jadi mangsanya si Wana. Aku yakin sangat yang sekarang ni mulut si opah tu tengah berguni-guni bebelkan budak bertiga tu.” Aryana ketawa dihujung ayat.

            “Haah kan. Kesian la opah tu.” Bella masuk gelak sekali. Dan mereka hanya diam bila diundang dengan omelan dan jelingan tajam dari penghuni-penghuni perpustakaan yang turut berada di situ.

            Tak semena Bella menyiku Aryana. “Kau punya pasal la Put. Kan kita dah kena.”
     
       Aryana buat muka tak bersalah. “Eleh kau ni. Relaks ah. Macam tak biasa.” Setiap kali mereka melepak di perpustakaan memang menjadi perkara wajib mereka ditegur oleh ‘pengunjung’ lain. Maka itu dah jadi perkara biasa bagi Aryana. “Weh mintak buku ni.” Tanpa sebarang amaran, buku Kimia yang dibelek Bella ditarik.

            “Eh apahal pulak? Ini aku punya kot.” Buku itu ditarik semula ke depan dia. “Kalau nak guna pergi la ambek kat sana tu.”Muncung dipanjangkan ke arah rak buku yang bertulis ‘KIMIA/CHEMISTRY’ yang berada sepuluh meter dari mereka.

            “Kau dengan aku pun nak berkira kan? Aku malas pergi sana. Nak kena bergerak lepas tu berdiri. Kena menapak pulak nak sampai situ. Nampak tak berapa banyak kerja yang aku kena buat sebelum aku dapat sentuh buku tu?” Omel Aryana dengan muka malas tak bersempadan. “Aku nak pinjam kejap je.” Tangan dipanjangkan jugak untuk mencapai buku itu.

            Papp! Belum sempat tangan lembut itu nak menyentuh kulit buku, laju ditampar Bella. “No means no. Kau nak guna ambek sendiri. Jangan nak malas sangat. Selangkah je kot rak buku tu. Lagipun aku nak guna sekarang ni.” Kata Bella yang kembali merenung isi kandungan buku  rujukan itu. Diteliti satu persatu. Ceruk mana tajuk ni duduk hah?

            “Kedekut punya kawan.” Mencebik geram. “Yelah aku pergi ambil sendiri.” Aryana bersuara malas. Lambat-lambat dia bangun. Sambil-sambil tu dia buat pengiraan jumlah tapak yang dia harus buat untuk tiba ke destinasi. “Wei! Selangkah hape? Enam langkah kot!" Gumam Aryana tak puas hati.

            “Enam sa.ha.ja! Bukannya enam puluh. Hah tunggu apa lagi? Pergi ah cepat. Tadi pun aku tengok buku ni tinggal dua je lagi. Karang kau tak sempat pulak. Esok tak pasal-pasal kau kena jadi model atas kerusi. Banyak kot homework yang kena buat.” Bebel Bella lagi tanpa menganjakkan matanya dari helaian buku kimia. Ahah! Dah jumpa pun kau, ye? Bukan main payah lagi aku cari.

            “Iyeee... Aku pergi la ni. Bising betul. Kalau macam ni kau pegang nombor dua  lepas Wana. Kuat bebel!” Kritik Aryana sebelum melangkah malas ke arah rak yang dimaksudkan Bella. Mata memerhati satu-persatu susunan buku di situ. Aik? Takkan dah habis kot? Tolonglah ada wahai buku. Aku nak buat homework ni. Kalau kau takde memang nahas la aku esok.

            Muka bengis Cikgu Faizah muncul dikepala secara slide show. Mata melilau lagi. Habis satu aras rak dibeleknya, beralih pulak ke aras yang lain. Dan akhirnya... “Ahahh! Alhamdulillah. Jumpa pun kau. Tapi kenapa kau tinggi sangat?” Dia berinteraksi dengan buku rujukan itu tanpa sedar. Kakinya diangkat sedikit. Tangan dipanjangkan ke atas. Ingin mencapai buku yang menjadi targe. Dan bila saja tangan dia dah hampir nak sentuh buku tersebut, buku itu hilang secara tiba-tiba. Dia kembali mendongak. “Aikk??? Dah hilang? Aku baru je nampak kot? Ajaib gila. Atau dah ada yang ambek dari sebelah sana?” Tak menunggu lama, Aryana menjengukkan kepala ke seberang rak. Yang dia nampak ada seorang pelajar lelaki yang pakai baju uniform sekolah warna biru sedang membelek buku itu dengan muka tak bersalahnya. ‘Gila kentang budak ni. Aku yang cop dulu buku tu. Haih!’

            “Err... Kau.” Dengan rasa teragak-agak, Aryana menegur.

            Pelajar lelaki itu angkat kepala. Pandangan Aryana dibalas sesesaat. Hanya sesaat okey. Lepas tu dia tunduk tenung balik buku yang berada ditangan.

            Erk? ‘Just like that? Aku tegur. Dia panggung sekejap. Dia tengok buku balik. Tak berkata walau sepatah? Seriously? Kot la nak cakap ‘ iye, saya’. Tak pun ‘ada apa?’. Paling kurang pun ‘Hmm’. Ini apa pun takde. Memang tak boleh jadi.’ “Kau yang tengah pakai uniform pengawas sekolah... hai.”

            Diam. Tetap diam dan tak panggungkan kepala macam tadi.

         Tetiba dia rasa macam ada asap mula keluar dari corong telinga. Berkepul-kepul. "Oi!" Haaa... kan? ‘Panggil cantik-cantik, kau taknak respons. Kan aku dah ber‘oi-oi'.

            Rimas sebab terus-terusan diganggu, dia akhirnya angkat muka. Buku ditutup dengan agak kasar sebelum satu rengusan tak puas hati dihela. "Yes?” Mata tajam budak perempuan depan dia, ditatap. Hanya dua saat. Lepas tu dia bawak mata ke arah lain.

         Gulpp! Dia telan liur. Tak tahu la kenapa bila saja lelaki itu merenung dia, dia perlu telan liur? Erk? “Ak... aku nak buku tu.” Bukan sengaja dia nak lembutkan suara, tapi keadaan itu terjadi dengan sendirinya. Kepulan asap mula berterbangan pergi. Hati tak lagi panas serupa tadi. Bila saja sepasang mata redup itu merenung balik mata dia. Walaupun hanya dua saat.

            “Uh?” Angkat kening sebelah.

            “Aku nak guna.”

            Tangan menyentuh lembut kulit buku rujukan yang masih berada ditangan. “Aku nampak macam taknak guna ke?” Penuh dengan nada sarkastik soalan yang diutarakan itu.

            Aryana mula hilang sabar balik. “Aku nampak buku ni dulu.”

            “Tapi siapa yang pegang dulu?” Tanya lelaki itu bersahaja.

            “Tapi..." Bengang dia mula meninggi. Asap-asap yang dah pergi tadi, kini datang kembali. Malah berkepul-kepul besar dari yang mula tu. “Dari jauh aku dah nampak buku ni. Dari jauh jugak aku tak nampak pun ada makhluk yang berdiri dekat bahagian rak buku ni. Tapi kenapa bila aku sampai sini je, kau terus rembat buku tu? Kau memang sengaja cari pasal kan? Aku tak peduli! That book is mine. Bak sini.” Terus hulur tangan kanan.

            Kata-kata Aryana dibiar sepi dulu. Dia membelek buku rujukan kimia yang megah berada ditangan. Lepas tujuh saat, matanya kembali menatap wajah Aryana. “Aku dah recheck berkali-kali. Author’s name je yang ada dekat dalam buku ni. Takde pulak nama Putri Aryana.”

            Tersentak sekejap Aryana bila lelaki itu menyebut nama penuh dia. “Mana kau tau nama aku? Kau stalker ke? Sejak bila?”

            Tsk! Hujung bibir terjungkit sikit. “Tak perlu nak jadi stalker kalau setiap student sekolah ni wajib pakai tanda nama dekat uniform.”

            Ayat itu spontan buatkan dia tutup tanda nama yang ada terlekat ketat pada sebelah kanan tudung sekolah. ‘Haah lah. Memanglah dia boleh tahu sebab aku pakai nametag. Adoyaii. Main menuduh tak agak. Eesh!’

            “Tak ada pun nama tu dekat sini. Maka... this book is not yours.” Kata lelaki itu dengan muka dan suara yang penuh ketenangan.

            Tapi tak tenang Aryana yang mendengarnya. ‘Ya Allah!’ Pejam mata sesaat. ‘Sabar la wahai hati. Cool down Put. Jangan melenting. Library ni bukan papa punya.’Aryana cuba menenangkan hatinya seboleh mungkin. Dia tarik nafas panjang-panjang sebelum dihela perlahan-lahan. “Mister prefect, dengar ye. Aku betul-betul perlukan buku ni. Betul-betul nak guna. Banyak homework yang nak kena settle ni...”

            “Do I look like I care?” Potong lelaki itu. Masih dengan riak yang sama.

            “Hey, kau!” Grrrgghhh!!! Kuat gigi diketap. Tahap kesabarannya semakin tipis. ‘Jangan sampai aku naik hantu kat sini. Karang sekali dengan kau aku telan!’ Tarik nafas lagi. Duhai angin, tolong bawak baran aku pergi. Fuhh! Fuhh! Fuhh! “Kau yang budiman...” Suara keluar dari celahan gigi yang diketap kuat. “Mohon memahami boleh tak? Cuba kau tengok muka aku. Aku nampak macam betul-betul perlukan buku tu, kan? Kan? Kau boleh faham aku rasa.”

            “Habis tu, takkan lah muka aku nampak main-main perlukan buku ni? Cuba tengok betul-betul muka aku.”

            Zapp!!! Terasa darah naik mencanak. Betul-betul berkumpul di muka. Tak sampai dua saat, tangan Aryana dah mendarat pada kolar uniform lelaki itu. Ditarik dan digenggam kuat. “Aku cakap baik-baik, kau boleh buat main! Kau nak mati ke apa!???”

            “Put!!!” Suara Bella bersama empat orang gadis yang baru tiba bergema seluruh perpustakaan.


            “Carl!” Satu suara lagi datang dari meja sebelah kanan.

*******

4 comments:

  1. Cik zarith..bila nak keluar buku baru? sabar menanti nie..huhu.. adakah cerita ini akn menjadi hadiah kami utk thn dpn?

    ReplyDelete
  2. rindu diorg sesgt! next chap please...

    ReplyDelete
  3. Xsbr nk tnggu bku ni... Klau kuar nnti bgtau lh ye..

    ReplyDelete
  4. sis... update plishhh.... x kesah la nk buat buku ke habiskan kt sini je pon x pe... yg pnting nk sgt bace cite ni smpai habis.. :) :) huhuhu

    ReplyDelete

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta